Saturday, 8 October 2011

terima kasih

aku selalu jumpa manusia jenis yang tak tahu berterima kasih. lagi sodiss, bila manusia yang tak tahu berterima kasih ni bangsa melayu.. ayakkk! mana pergi adab melayu kita maa? kekadang rasa macam pelik, asal mat salleh or india, or cina or bangla or nepal boleh jer ucap terima kasih, tapi kenapa kita tak?adakah mungkin kerana ego? mungkinkah kerana status? or mungkinkah kerana masalah bisu? tambah menghairankan bin ajaib, mat salllehs pun ucap terima kasih in malay. heran~

situasi pertama : dalam bas
        barang si A terjatuh lalu tergolek ke bwah kerusi si B, lalu dengan rendah diri si B ni menolong si A mengutip barangnya itu,. lalu menyerahkan barang itu kepada si A. dengan muka masam mencuka seperti cuka di dapur, si A mengambil barangnya lalu memandang ke arah lain sambil membebel dan terus melupakan kewujudan si B.   (bm sy da level up! yipiiieee)

salah aku kah itu? si B

situasi kedua : toilet
        si A sedang mendukung anaknya yang sedang menangis ( tidak dapat dikenal pasti punca budak itu menangis) sambil menunggu turn si A untuk masuk kedalam tandas. sambil memarahi dan memukul anaknya, si A juga turut mencarut. dengan rendah diri lalu si B memberikan giliran nya kepada si A supaya dia dapat menggunakan tandas. si A terus masuk kedalam tandas sambil mencarut sambil menutup pintu tandas seperti gengster. meninggalkan sendirian si B di hadapan pintu tandas.(bm sy fail!)

nak je si B itu mnembak mati si A...


situasi ketiga : tengah jalan
       si A kelihatan tengah sesat seperti rusa masuk kl.. sambil memegang telephone dan pura-pura menulis mesej, si A berjalan ke kiri,kemudian ke kanan. si B yang tengah berjalan dipanggil dengan ayat seperti " wei, ko tahu mana arah nak pergi stesen bas?" si B dengan rendah diri menghantar si A ke stesen tersebut oleh kerana si A kelihatan blurr setelah arah jalan diberikan. sampai di stesen bas tersebut, si A terus menghilangkan diri menggunakan magic!


p/s si B adalah aku ok.. sampai sekrang rasa macam loser jer. kenapa lar aku tolong orang?

sangat simple kan? just say terima kasih or thanks!

No comments:

Post a Comment